Pages

Friday, April 3, 2015

KISAH PAK AMIR DAN GST


Pada satu hari, Pak Amir pergi ke hutan untuk mencari kayu api.
Pabila lalu kat kawasan tasik,
Pak Amir tergelincir dan kapak buruknye
terjatuh dalam tasik tu.
Maka datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Amir.
Pari-pari: "Kenapa dengan kau?"
Pak Amir: "Kapak aku terjatuh ke dalam tasik."
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama
kapak perak.
Pari-pari: "Inikah kapak kamu?"
Pak Amir: "Tidak."
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama
kapak emas.
Pari-pari: "Inikah kapak kamu?"
Pak Amir: "Tidak, kapak aku buruk sahaja."
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama
kapak buruk.
Pari-pari: "Inikah kapak dkamu?"
Pak Amir: "Ya, itulah kapak buruk aku."
Pari-pari Tasik suka sikap Pak Amir yang jujur
itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu
kepadanya.dpada hari lain pulak.
Pak Amir
berjalan di sekitar tasik yang sama bersama
isterinya.
Kali ni isterinye plak yang jatuh ke
dalam tasik. Pak Amir susah hati. Maka
datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Amir..
Pari-pari: "Kenapa kau bersedih?"
Pak Amir: "Isteriku jatuh ke dalam tasik."
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama
Emma Maembong.
Pari-pari: "Inikah isteri kau?"
Sambil menangis Pak Amir menjawab... 
"Ya,itulah isteriku.."
Pari-pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka,
kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi
tamak?"
Sambil menahan pilu Pak Amir menjawab,
 "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Emma
Maembong, kau akan bawakan pula Luna
Maya,kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku.bila aku kata 'ya', kau
akan berikan mereka bertiga padaku.
Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua, lagipun hr nie dah mula kna GST pulak tu"

Thursday, April 2, 2015

PESAN ABAH


"Biar orang buat jahat kat kita,jangan kita buat jahat kat orang"
Bila saya mengadu ada orang ejek saya sebab saya anak penjual roti canai,abah cakap "takpelah","biarlah dia".
Mula-mula saya geram jugak.
.
Asyik-asyik takpelah,biarlah.
.
Nanti naik lemak r diorang ni.
.
Tapi saya sabar jelah. Saya biar je diorang ejek.
.
Buat tak tahu.
.
Ucap alhamdulillah,biar Allah yang balas.
.
Tu mantra saya.
.
Bila dah besar baru saya faham. Orang yang mengejek saya tu tak kemana pun.
.
Tapi alhamdulillah saya diberi kekuatan jadi kuat seperti saya yang hari ini.
.
Saya belajar terima takdir. Saya anggap itu ujian untuk saya jadi lebih baik.
Kita tak boleh ubah apa yang jadi pada kita,tapi kita boleh ubah cara kita tangani hal tersebut.
Nak terus mengalah atau berjuang?
Pilihlah. The choice is yours.

Semoga Allah lihat kita .
Semoga Allah sayang kita dan
semoga Allah redha dengan apa yang kita buat. Aamiin.
P/s : mohon sedekahkan Alfatihah untuk arwah ayah saya Ja'apar Bin Ngah. Jazakallah khairan khatira.

Sunday, September 21, 2014

5 perkara saya buat bila saya stress ,down ,sedih etc

1. Tidur
Pejam Mata,bam! Tidur.

2. Masak dan makan

3. Dengar suara mak

4. Tengok video kelakar.

5. Mengadu Kat suami. Mengadu Kat Allah.

Korang lak camana?

Jemput share pengalaman masing2..

Wednesday, September 17, 2014

ALASAN vs IMPIAN

Ramai orang punya IMPIAN.

Rumah sendiri.
Kereta idaman.
Duit banyak
Impian untuk membantu keluarga
Melancong ke seluruh dunia

Tapi berapa ramai yang BERANI SAHUT CABARAN UNTUK MENCAPAI IMPIAN?

mungkin tak banyak ,sebab kita dibelenggu ALASAN.

MACAMANA KALAU XJADI
MACAMANA KALAU BANKRUP
MACAMANA KALAU blablabla

Secara automatic impian tu TERKUBUR.

Tapi Cuba kalau kita ubah

MACAMANA KALAU PRODUK AKU JUAL LAKU
MACAMANA KALAU RAMAI YANG SUKA
MACAMANA KALAU AKU BERJAYA
MACAMANA KALAU AKU KAYA..

Mesti kita rasa IMPIAN KITA BOLEH TERCAPAI . betul x?

Jadi jom ubah pemikiran kita.
Listkan impian ,tetapkan bila anda nak impian tu tercapai dan Just do it!

Thursday, September 11, 2014

Testing

Baru try app blogger dari play store .
Pasni bolehlah update blog hari-hari.hehe.

BTW esok mertua sampai,Rumah masih tak kemas lagi,fahim lak lambat tidur. Semalam pkul 5pagi baru die tido.. Lebam dah Mata ummi dan ayah..

Sunday, June 22, 2014

I'm a MOM!

alhamdulillah , dah hampir 4 bulan lebih jadi ummi!

langsung tak sempat update apa- apa kat blog sebab 2 bulan berpantang kat terengganu . bila balik penang , memang fully concentrate kat fahim. sebab fahim kan kecik lagi , pastu ummi dia excited dapat baby boy yang comel dan manja. hihi

sesungguhnya , bertuah sangat ju rasa sebab fahim ni alhamdulillah tak banyak kerenah dan senang dijaga. tak cukup tidur malam memang normal lah kan. . tapi pe de hal, dulu study salu stay up kan.hehe hubby pun suka jaga malam , kaki gamers katakan, jadi sekarang duk layan fahim memalam dari main game .hahaha..

oh , nama penuh anak ju pendek je, muhammad fahim. kalau fahim baca blog ummi ni , ketahuilah nama fahim pendek sebab nama ayah awak panjang . Kerana tak nak awak habiskan 5 minit semata-mata nak tulis nama panjang2 jadinya ummi decide bagi nama pendek , tapi maksud yang sangat baik. Fahim = yang memahami.

and yes , fahim memang memahami ummi dan ayah. Bila tengok fahim , ummi bersyukur ada fahim. Fahim kekuatan ummi dan ayah. Ummi tahu fahim akan jadi anak yang soleh , yang rajin dan baik pada orang tua , cepat belajar dan paling penting yang tahu agama.


ummi sayang fahim sangat-sangat!

Sunday, January 5, 2014

bini cengeng

Assalamualaikum ,

happy new year! harap2 tak terlambatlah nak wish kat korang semua.hihi.. dah ready azam untuk tahun baru ni? sebelum tu , yang tahun lepas camana? dah tercapai ke belum? ..

apa pun , jangan putus asa ek.. fighting! . azam tahun ni bukan kayu pengukur kejayaan hidup kita tapi sebagai batu penanda aras kehidupan kita ,yang hanya kita sendiri tentukan .  Yang penting kene niat untuk berubah kepada lebih baik. 

cakap macam pakar motivasi lak ;p..hekhek. sorry!

btw , ju sekarang dah pregnant 35 minggu, orang tua cakap tunggu hari je..Tadi hubby baru je balik penang , tinggallah ju dengan parent kat dungun. Tapi seyesly , rindu kat husband. Selama ni memang bergantung kat die jelah,betapa banyak pngorbanan suami masa mengandung ni. Sabarnya dia, ALLAH je yang tahu. Doakan suami ju sampai penang dengan selamat ye. 

k lah, sampai sini je, nak makan pulak..baby laporrr..hihi

tata!

Thursday, December 5, 2013

Need some motivation right now? Read this.

 Quit bitching about how tired you are.

The world doesn’t care.
And if you’re feeling depressed or down, stop feeling sorry for yourself while you’re at it. It doesn’t matter.
We all face obstacles. How you deal with those obstacles defines who you are and determines how successful you are in life.
Did you catch that? It was the secret to life. Seriously.
Let me say it again.
We all face obstacles. How you deal with those obstacles defines who you are and determines how successful you are in life.
Period. End of story.

Wednesday, December 4, 2013

Misz Jue's Amendments

* Believe in Yourself - just not Too much.
* Declutter & Simplify.
* Everything in Moderation.
* You have a Mind, Use it.
* Keep things in Perspective.
* Clarity doesn't come from Thinking but with taking Action.
* You Attract what you Value.
* Treat others how They want to be treated.
* Try and Not judge.
* Pay Attention. Focus.
* You are what you Think.
* Write what you Read.
* Educate yourself; Lifelong Learning.
* It's not about your Idea - it's about Execution.
* You will Figure it out.
* You don't need more Time, you Need a Strategy.
* Set Goals, Enjoy the Journey.
* Perfection, banish this Word.
* Fix it, or Deal with it. Stop whining.
* You can have it All, just not at the Same Time.
* 3 things can change your Life: Friends, Books & your Thoughts. Choose them wisely.
* Family first.
* Simple Living - Mindful Living.

Thursday, November 21, 2013

5 Quotes i Love



A pessimist saying: "To see is to believe"
An optimist saying: "Believe it and you will see it"


Be happy with what you have, while working for what u want..a happy successful life begins with a "thank you Lord for what i have!"

“You’re braver than you believe, stronger than you seem, and smarter than you think.” quote from Pooh’s Most Grand Adventure: The Search For Christopher Robin,

“Why are you trying so hard to fit in when you were born to stand out?”

“When the world says ‘Give up.’
Hope whispers, ‘Try it one more time.’”



Tuesday, November 19, 2013

28 weeks already !

Dah boleh catat pergerakkan baby me.hihi
Alhamdulillah , semalam jumpa doctor dan dah scan untuk minggu ke-28 . Baby boy ke girl? ,rahsiaaaa..hihi..

Yang penting , baby sihat dan normal. Doktor kata baby ni tinggi . haha mesti ikut bapak dialah.. umi dia cukup2 tinggi je.hihi..

Takde gambar scan tapi doktor kasi rakam video. Doktor aku jumpa hari ni memang sporting habis, sebab doktor sebelum ni macam nak tak nak je layan soalan kita. Tapi Doktor kali ni memang melayan je, siap boleh gurau2 lagi.hihi..

Saat paling best sebab dapat tengok tangan baby .hihi.. rasa nak capai je. Takpe2 , baby jangan risau umi sabar lagi ni. Bila awak dah keluar nanti , tahulah umi nak cium awak puas2. Sekarang ni dah mula rasa sakit kat bahagian bawah perut, siap main tendang2 pundi kencing aku. fuh! sabar jelah  budak ni.Aktif sangat gerak sampai kadang-kadang tak larat nak bangun..huwaaa..

alhamdulillah , Hubby faham,bila aku duk terbaring , terpaksalah dia buat kerja rumah ..Thank you Abang!..tak kisah lah janji dia happy dan sihat kat dalam tu , aku dah kira bersyukur sangat2. Korang tolong doakan jue ye..risau jugak nak menempuh saat bersalin tu.huhu..

Oklah sampai sini dulu, baby ku lapar mintak diisi perutnya..tata

Wednesday, October 23, 2013

yeah , dia dah kembali!

MY MUST HAVE BEAUTY SUPPLEMENT :P

VITAMIN C SR PLUS (533mg)
180 biji 
Alhamdulillah , supplement vitamin C dari shaklee dah kembali. Kali ni dengan formulasi baru.yeahhhh .
Berbaloi jugak tunggu setahun. hihi

Apa yang best dengan Vitamin C Shaklee ni?
  kulit jadi lebih licin dan lembut
jerawat cepat kecut 
parut semakin pudar
badan lebih imun terhadap penyakit
bekalkan vitamin C dari sumber semulajadi (sebab i xlarat nak telan 7 biji limau sehari,hihi)
dan banyak lagiiii

Nak dapatkan vitamin C dengan harga istimewa?

JADI 20 PEMBELI TERAWAL DAN ANDA LAYAK DAPAT HARGA HARGA ISTIMEWA!


Wednesday, October 9, 2013

Friday, October 4, 2013

flash back

hari ni saje-saje baca post entry yang lama-lama. i miss old times, but i look forward for future. kadang tak salah flash back ni, sebab nanti kita boleh belajar kenal diri kita macam mana. 

macam aku , sejak dari zaman hingusan sampai dah jadi isteri orang buat blog, dah nampak perubahan dari segi ayat dan cara penyampaian blog. rasa nak tergelak je.haha

btw , for those bloggers yang mana komen tak terbalas, terkasar bahasa ke, I am truly sorry. Bukan apa sekarang baru rasa macam menyesal , dulu busy sekarang lapang sampai rasa nak balas komen yang tak habis balas tu.

and thank you for being my friend walaupun dalam alam maya je, insyaALLAH one day kita bertemu, mana tahu kan?

p/s : mood rindu .




Wednesday, September 11, 2013

I'm Back!

assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ni genap 4 bulan, jadi isteri orang. wiwit. Baby pun genap 17 minggu dalam pewot Umi ( aku tak decide lagi nak guna umi, mummy, ibu, tapi mr.K suh guna umi.haha).
Syukur , alhamdulillah. .

Seronok jadi Isteri?

mestilah seronok, haha. Kalau dulu gaduh2 masa duk jauh, yelah jauh dimata kan, suka sangat cari gaduh (aku ler tuh). sekarang gaduh-gaduh manja, malam cari laki jugak.haha.

sekarang , aku jadi housewife sepenuh masa je. Nak keje tapi malas-malas pulak.haha.. nasib ler mr.K faham, dia suruh duk rumah je, habis pantang nanti baru cari kerja. yippie!
kemain suka duk rumah. haha.

Duduk rumah sambil meniaga Shaklee, at least dapat jugak income untuk sambut baby nanti. Doakannya. 

till then,
xoxo
cik jue, eh puan ler..

Tuesday, March 19, 2013

KENAPA MESTI BERSANGKA BAIK



Kenapa Mesti Bersangka Baik? | Terdapat tujuh sebab mengapa kita mesti bersangka baik;

 Satu. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana mungkin kita mempunyai sijil-sijil kecemerlangan kokurikulum atau akademik, tetapi kita tidak memiliki ‘sijil’ yang mengatakan bahawa kita antara yang dijanjikan syurga seperti 10 sahabat Nabi.

 Dua. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana manusia lain juga seperti kita yang mempunyai setiap detik peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin semalam dia seorang yang kedekut tetapi tidak mustahil dalam sekelip mata, hari ini dia menjadi seorang yang pemurah dan mungkin tiada yang menyangka bahawa hari esok dialah yang paling ikhlas dalam memberi.

 Tiga. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana semua kita adalah bersaudara. Andai hati sahaja mudah berprasangka, bagaimana mahu menebar bahagia?

 Empat. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana percayalah setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya. Usah mudah mengangkat jari telunjuk menghukum namun eratkan jemari membentuk persefahaman dan kesatuan hati.

 Lima. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana diri sendiri bukan seorang yang maksum dan sepi daripada melakukan dosa.

 Enam. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana hanya Allah yang mengetahui segala isi hati orang lain. Adakah kita fikir kita seperti Tuhan yang boleh membaca isi hati orang lain? Na’uzubillah.

 Tujuh. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana kita hanya seorang hamba yang mesti taat kepada Penciptanya. Husnuzhonlah sentiasa selama masih bernyawa!


“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain…”
(Surah al-Hujurat, ayat 12)
“Kenapa dia tak bertudung? Oh, mungkin kerana dia dibesarkan dalam suasana keluarga yang tidak menitikberatkan agama. Maka aku yang tahulah harus mengajaknya.”


“Kenapa dia pulang ke universiti bersama seorang lelaki? Oh, mungkin itu abangnya kerana aku juga tidak mengenali siapa keluarganya. Atau mungkin sesuatu telah berlaku dalam perjalanan sehingga dia terpaksa menumpang lelaki tersebut.”


“Kenapa dia ku rasakan makin menjauh tanpa sebarang SMS atau call? Oh, mungkin dia sedang sibuk menguruskan sesuatu. Aku sebagai sahabat mestilah memahaminya.”


“Kenapa dia tak membalas senyumanku waktu berselisih ke kelas tadi? Oh, mungkin dia tidak perasan atau ada sesuatu yang membelenggu fikirannya waktu itu. Tidak mengapa, lain kali bisa memberi senyuman lagi.”


“Kenapa dia mengumpat sedangkan dialah yang suka memberi tazkirah? Oh, dia juga seperti aku manusia yang sering melakukan kesilapan dan kadang-kadang terlupa. Aku dan dia sebagai sahabatlah yang mesti saling menasihati dan mengingatkan.”


Seorang mukmin itu bersangka baik terhadap orang lain. Dihapuskan segala wasangka buruk yang terbit di dalam hati dengan alasan yang mungkin menjadi sebab sesuatu kelakuan dilakukan.


Dan seorang mukmin itu juga mempunyai sifat berhati-hati. Jangan bersangka baik tidak bertempat hingga meninggalkan langkah untuk berjaga-jaga.


Tatkala terbangun pada pukul 3 pagi, terdengar bunyi dari rumah jiran. Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang bertopeng penuh di muka. Langsung tidak bertempat sangkaan baik mengandaikan bahawa tuan rumah yang bercuti di Pulau Langkawi baru sahaja pulang ke rumah sambil memakai topeng Spiderman sedang mengumpil pintu rumah sendiri.


Andai mulut tidak bisa berhenti daripada mengatakan sesuatu yang tidak berfaedah dan yang mungkin mengundang dosa, maka diam itu lebih baik.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)


Rabiatul Fatimah Azzahra binti Rashid

Monday, March 18, 2013

SAYA DAH JADI INDEPENDENT DISTRIBUTOR SHAKLEE

assalamualaikum, 

saya harap anda semua sihat walafiat,

rindu nak bercoleteh kat blog sebenarnya, tapi lately busy dengan my online shop.

ya, sekarang saya dah jadi distributor SHAKLEE!

YEAH!!!

jemput semua kalau nak cuba/nak tanya/nak tahu tentang Shaklee, sms/whatsapp je saya  ye. ni nombornya 013-6484929 (CIK JUE,belum naik taraf jadi puan lagi.hoho)

Kalau nak tahu lebih lagi sila singgah online shop saya ya
 

BILA NAK BELI NANTI, CONTACT SAYA YA.

*FREE POSTAGE & ADA FREE GIFT JUGAK 
^_^

ISTIMEWA UNTUK ANDA !

Friday, March 8, 2013

PANADOL VS NUTRIFERON

sekarang cuaca sangat tak menentukan? kadang panas, kadang hujan. badan pun jadi xbetul dah, sekejap kang ok, sekejap kang rasa seram sejuk. sebelum ni kalau demam , telan je panadol sebelum tidur, sekarang dah ada pengganti, NUTRIFERON.







Nutriferon ni produk keluaran Shaklee, for me , nutriferon lagi selamat dari panadol. why? sebab panadol kalau consume banyak2 boleh menyebabkan toxicity pada hati.
nutriferon ni adalah produk dari tumbuhan-tumbuhan, fungsinya adalah untuk meningkatkan imun sistem, tapi ada kesan sampingan lain jugak.



kesan sampingannya , kulit jadi makin cantik dan tegang.tak caya? tengok testimoni akak ni.


kalau yang ada resdung biasanya, ju akan suggest nutriferon, sbb nutriferon effect dia sangat cepat. semalam makan sotong, selalunya mesti bersin pagi-pagi dan gatal-gatal , tapi skrg tak lagi, lepas makan terus makan nutriferon.

ada orang suka campur dalam air, tapi ju suka telan terus dari paket die. paket die sangat kecil dan senang bawak kemana-mana, letak dalam purse pun muat.hehehe.



jika berminat boleh sms/whatsapp 
JUE 013-6484929
 * jangan lupa beritahu anda pembaca blog MJ ye, ada special gift .


Friday, February 22, 2013

VITALEA -MULTIVITAMIN TERHEBAT


 Vitalea multivitamin berusia 100 tahun didunia.

Jom ketahui multivitamin yang pertama dicipta di dunia.
 Tahukan anda vitalea merupakan multivitamin yang dihasilkan pada tahun 1915 dan bakal mencapai usia 100 tahun pada 2015 nanti!
Bagaimana multivitamin ini bertahan sehingga kini dan diiktiraf oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTIVITAMIN pada tahun 2000.



KEISTIMEWAAN VITALEA BERBANDING MULTIVITAMIN JENAMA LAIN.
  • Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak dari sayuran dan buah
  • Setiap tablet juga mengandungi 12 vitamin dan  7 mineral penting sebagaimana yang disaran oleh RDA.
  • Tablet vitalea disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina .
  • Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif kompleks , dikenali sebagai “Explo-tab”.
  • Vitalea merupakan tablet paling pantas larut dalam air dan juga dalam tubuh manusia.
  • Mineral yang terkandung didalamnya juga mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas dalam usus kecil.
  • Ujian klinikal membuktikan pengambilan vitalea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.


Mengandungi lebih nutrient dan perlindungan

Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walaubagaimanapun , pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vitalea diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang serta disokong oleh tujuh kajian klinikal.

Siapa yang memerlukan  Vita-lea
  1.  Mereka yang mudah sakit.
  2. Pelajar yang sentiasa sibuk dan aktif.
  3. Dewasa yang ingin menjaga kesihatan optimum.
  4. Orang tua .
  5. Para ibu yang ingin menjaga kesihatan.
  6. Mereka yang kurang mendapat nutrisi dan banyak makan makanan 'JUNK FOOD'

p/s : VITALEA IS BEST TAKEN WITH VITAMIN C FOR OPTIMUM EFFECT.







JUNAINAH JA'APAR (JUE)
SHAKLEE ID : 906059
SMS/WHATSAPP : 013-6484929
FB PAGE : MISZJUESHOPPE