Pages

Saturday, October 30, 2010

:: its holiday ::

final exam dah habis. happy? erm, tak sangat.lepas habis last paper DR buat perjumpaaan..memang sedap betul kena bambu masa tuh.time tu jugak terasa menyesal sebab hantar log book kosong macam baru kena print tanpa secalit dakwat pen pun.mana tak dapat kosong ,kan.nasi dah jadi bubur.kalau boleh makan tak pe gak,huhu..pewot lapar plak.

agaknya result sem ni memang toksah mimpi lah dapat cover result sem lepas..hukhuk.DR cakap kena back up sem depan pulak..sem depan conform busy tahap gaban, tapi aku harap aku busy sangat-sangat suaya tak da masa untuk fikir benda lain selain study, study, study, rasanya sem ni memang fikiran aku tak 100% kat study pun, dok asyik fikir pasal putus cinta lah, hubungan gan kengkawan la..serabot betul ..pasni azam sem baru adalah..STUDY ALL THE TIME..nak jadi macam budak medic dalam umah aku nih, study jeeeee...harap-harap leh jadi seperti mereka, untung gak ada housemate yang menyedarkan walaupun secara tidak langsung.
btw , aku dah mula berjinak-jinak dengan library..huaaa...pencapaian yang amat memberangsangkan bagi seorang manusia yang tak suka tempat sunyi macam library..huuhuu..bagi aku library ada satu tempat yang paling susah aku nak jejak..kalau shopping complex laju je ko jejak, kan ju..

aku pun dah mula pinjam buku..yeahhhh...tapi belum habis baca lagi..nak jadi rajin.mesti jadi rajin..walaupun aku tahu aku ni memang pemalas sejak azali lagi..*bukan macam orang nama azali k*..

ape tah aku mengarut nih..daripada nak citer pasal holiday dah jadi kisah lain pulak.next time lah aku citer pasal holiday aku ek..sebelum terlupa aku cuti 2 BULAN...*sila jeles ye kawan-kawan*hakhak...

mesti kau orang rasa macam nak baling kerusi kat aku kan..kejam seyh..takpe2 baling jangan tak baling yang pecah lappy kau orang bukan aku..haha..


incase aku tak dapat dijejaki , aku mahu meminta maaf kat kau orang semua ek..dont worry whatever u do, aku dah maafkan kau orang,..happy holiday!!


p/s  : its holiday but i dont feel happy at all, why hah? i dont know, but somehow , i will figure it out...

saya mahu happy!!!!!saya mahu bahagia!!!!!!!!!!!

Monday, October 25, 2010

Aku, Lim dan Islam


Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta.

  Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya." He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. .. 

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. 

Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.Aku masih tunduk dan tak terkata apa-apa kerana sangat malu.
Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu. 

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.Aku ingin berdakwah!Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam!




sumber : dari kantung inboxku...

: tunggul itu aku ::

majority win

semoga kalian gembira

sudah

jangan diganggu hidupku lagi

puas bukan?



Sunday, October 24, 2010

:: i want to be like her ::

suatu hari aku mahu jadi seperti dia

ya dia

miss fida
seriously
by reading her blog , i know, there are person who just like me,
yes somewhat and somehow, we really want to be normal human with normal life
but there is no such things in this world
there  are no people that dont do mistakes

i have many story
but i scared to tell you 
because i scared u couldnt hear it
u couldnt understand what im trying to tell u

thats why
i prefer to be all alone
i dont want to hear any rejection
like
u are weird

there is no such human like u
u are ridiculous

but yes iam
weird
sometimes pathetic
sad
but i try to live my life
with people i love
with people that love me

i want to tell the world who i am
yes 
i am not a good girl
but i try to be good

but u dont have to judge me
if u dont fully know me
there is no one that fully understand what i want
what i am
what kind of live that i live

if u want to know
walk with me
see things with my 'eyes'

dont judge me
i dont need judgement
i only need support
i only need you walk with me

i want to tell u, but i dont know what kind of words that can makes u understand me

i am not a good speaker but i am good listener

insyaALLAH

thank u miss fida

Friday, October 22, 2010

:: SAYANGI DIRI SENDIRI ::



 Terimalah diri kamu, tiada manusia yang sempurna.
 ♥ Hormatlah maruah kamu, ia tidak pernah meminta untuk diragut melainkan kamu yang membiarkannya.
♥ Berikan galakan kepada diri kamu, galakan orang lain tidak cukup buatmu. 
♥ Rancangkan kejayaan buat diri kamu, jangan biar diri kamu gagal kerana kegagalan yang diterima.
Boleh menangis, menyesal, menjerit sekuat mungkin kerana meratapi kegagalan yang diterima. Tetapi pada esok hari, kamu harus bangun tidur dengan segar dan hilangkan segala kesedihan.
Kenapa?
Kerana berabad-abad sekalipun tangisan dan kekecewaan ia tidak akan merubah apa-apa. Ambil separuh untuk dijadikan iktibar dan ambil separuh untuk dijadikan pendorong.


comel kan makhluk yang kecil itu..wish i had one..hehe
tengok dia pun boleh senyum sendiri..
sumber :ILUVISLAM

:: im not afraid to be alone::







everyone afraid to be alone , but should i afraid, if ALLAH always at my side..
nope.
i shouldnt be afraid, cause human is just  a human 
they cannot do anyting unless Him let them 

and me
will accept it as my 'ujian' 
insyaALLAH


maybe i fall, but i dont care, cause i know He will never let me alone
selagi i am in right path

i dont hate people
but i will avoid myself from people that i think will let me suffer
those who is my friend.truly a friend, they will know.

' jangan layan orang yang menyusahkan hidup kau ju'

i understand friend is a human
always makes mistakes
i will always forgive u, cause i know, i also a human there is not guarantee that i will go to jannah no matter what i do.
so i have to be good, 
i want to be in jannah with person that i love, 
my usrahmate
my mom and dad
my family
my love one

i will not died because u leave me
setiap yang pergi pasti akan berganti

i cant do anything for u , but i thinks i can pray to god so that u will realize
please people, wake up
u are not important in this life.
there another life that waiting for us,that we should be give our attention.

should i be afraid if i stand alone? 
nope !


happy to be myself.

^_^

alhamdulillah, 
syukur kepada tuhan kerana memberi sahabat-sahabat yang terbaik dalam hidupku


Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayat petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan. (Al - Maidah [5] : 105)




:: NASIHAT KEHIDUPAN ::



1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran


SUMBER : TAGGED

Thursday, October 21, 2010

:: the way they sleep giveaway ::


kali ni nak join give away dari kak fizah pulak..

gambar ni bukan MJ yang amik tapi abg MJ yang hantar..
masa ni dia baru balik dari teman mak MJ mesyuarat amanah ikhtiar kot..

harap-harap leh menang..hihi..

kalau nak join sila klik kat banner kat tepi  atau

klik sini

pendaftaran skim kumpulan wang amanah pelajar (KWAMP) 2011 dan skim bantuan tuisyen (SBT) 2011 melalui portal e-kasih

Bermula pada sessi persekolahan 2011, Semua bantuan persekolahan seperti Skim Bantuan Tuisyen (SBT) , Skim Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) dan banyak lagi bantuan lain akan di salurkan kepada para pelajar yang layak berdasarkan daripada data yang dikutip daripada maklumat portal ekasih.

Ibu Bapa yang layak dan ingin memohon bantuan tersebut, hendaklah mendaftarkan sendiri maklumat peribadi dan pendapatan isi rumah secara online di Portal ekasih.

Siapa yang layak mendaftar?
Semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM 1500 (Bandar) atau RM 1000 (Luar Bandar) sebulan adalah layak dan digalakkan untuk mendaftar.
Sekiranya tiada anak yang masih bersekolah adakah perlu untuk memohon? Ya. Sebab bantuan dalam bentuk lain, contohnya pemberian rumah melalui Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) juga adalah berdasarkan kepada data/maklumat eKasih. Begitulah seperti yang difahamkan.
Pendaftaran untuk tujuan berkenaan cukup mudah, hanya perlu klik pada menuPendaftaran Ringkas, kemudian isikan maklumat yang dikehendaki. Pendaftaran cukup mudah dan hanya memerlukan masa yang singkat. Pemohon hanya perlu mengisi beberapa butiran ringkas. Ruangan yang bertanda asterisk (*) adalah maklumat yang wajib diisikan.
Pemakluman Mengenai Kemiskinan
Selain daripada itu, Portal eKasih juga menyediakan kemudahan untuk kita memaklumkan sebarang maklumat yang berkaitan dengan kemiskinan untuk semakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Kemudahan itu boleh diakses melalui menu pilihan Pemakluman Kemiskinan. Hanya sedikit maklumat yang perlu diisi oleh pelapor, seperti Nama; Alamat; Negeri; Daerah dan Komen. Bagaimanapun diharap pelapor dapat memberikan maklumat yang tepat supaya tindakan dapat diambil dengan kadar segera.
Untuk mendaftar atau menghantar maklumat kemiskinan yang dimaksudkan, sila layari, Portal eKasih di: www.ekasih.gov.my.


p/s: kepada semua blogger sila sebar-sebarkannya..same-same kita membantu orang yang kurang berkemampuan..* kasihanilah orang yang tiada kemudahan internet lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman *

Wednesday, October 20, 2010

PULAU SIBU..akhirnya saya dah pulang








alhamdulillah, akhirnya misz jue selamat pulang ke rumah..*gumbira2*
entah kenapa sepanjang berada di pulau sibu, asyik teringat kat kl je, i mean my home, my lappy, sangat rindu, boleh dikatakan setiap hari dilalui dengan tabah dan sabar sambil hati ini melompat-lompat ingin pulang ke rumah.

over all, ekspedisi kali ni memang best..what i like the most ?
saya dapat BANYAKKKK kawan-kawan baru..macam-macam perangai ada..hihi..
second , saya dapat pengalaman yang tak mungkin diperoleh di tempat lain iaitu abseiling kat batuan( aku pun tak tahu nak kata tempat tu camne) korang tengoklah sendiri gambar ni ek..

yang ketiga, 1st time saya snorkeling..yeahhh..sangat gembira akhirnya dapat melangkah ke satu tahap dalam hidup..hehe..dah lama teringin nak snorkel..alhamdulillah dapat jugak peluang ni..seriously, i m so happy..tak dapat lupakan pengalaman tuh.

yang keempat , malam kebudayaan kitaorang panggil malam unggun api..kali ni mmg bersemangat dalam menyumbangkan idea yang sangat sumbang..ahaks..kitaorang wat sketsa pendek pasal seorang anak derhaka..ala macam dalam tv 2..ahaks..

selanjutnya , korang tengok lah gambar-gambar aku nih hah..sorry lah kalau asyik tgk muka saya je ek..
dan satu lagi, kalau nampak jerawat kat muka tuh, jangan tegur taw..malu i..ahakss..*gediks*
ini lah jeti tanjung leman


nak naik bot dah -1 jam perjalanan baru sampai pulau sibu 2..
budak-budak gumbira naek bot..
tata jeti /dataran/ bandar/semua lah..huhu

kali ni alhamdulillah, tiada rasa nak muntah atau nausea..

cantik kan?

kami dah sampai

with my adek-adek comei..

kita makan dulu..nyum-nyum

with my group- kayu balak- tapi semua badan macam ranting kecuali saya la kan..hukhuk
malam unggun api..sorry gambar terbalik.malas nak edit...
kami nak pergi snorkeling
dah sampai pun kat tempat snokel ni..tapi untuk beginner jelah tempat nih.



dah macam anak-anak itik je..hehe

i like this pic..hehe

itu saya, yang pakai tudung coklat tu..

cantek tak pulau sibu ni?

tempat nilah kitaorang abseiling..30-40kaki je, tapi takut tetap ade..hihi..

le tour de kampung...

sesi bergambar beramai-ramai..sangat seronok...

pokok kelapa dan aku.,,heeeeeee

pagi ahad : jalan-jalan ditepi pantai..

kelapa dah tergolek kat sebelah

kami nak balik dah..SRMUKM memang best...




next time jangan lupa buat lagi ek..InsyaALLAH Mj join..

p/s  1 : sorry late publich this entry, mesti ramai tertunggu-tunggu kan..so nah..amik, bace , lihat lah keseronokan Mj kat pulau sibu...^_^

p/s 2 : for my friends, yang join camping nih, thank you so much..korang memang style lah!..
(syamim k.ju pinjam quote ko)..hehe..


really miss u ols..









:: motivasi setiap hari::

{Aku Hanya Akan Hidup Hari Ini, Hari Ini adalah Kepunyaan Saya}


Inilah harinya aku masih berpeluang untuk mengatakan yang baik-baik sahaja, menghindari bercakap perkara yang dilarang, mengherdik, dan juga memperkatakan keburukan orang lain. 


Hanya hari ini aku berpeluang untuk memerhatikan kebersihan tubuhku, kekemasan penampilanku, kehalusan tuturkataku dan perilakuku. 


Aku akan berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada Allah, mengerjakan sembahyang yang sesempurna mungkin, membekali diri dengan sembahyang sunat, berpegang teguh pada ajaran Al-Quran, mencatat segala yang mendatangkan manfaat buatku. 


Aku hanya mempunyai hidup yang pasti hari ini, sebab itu aku akan menanamkan dalam hatiku semua nilai keutamaan dan mencabut darinya pohon-pohon kejahatan serta ranting-rantingnya yang berduri tidak kira sifat takbur, ujub, riya’, buruk sangka dan lain-lain. 


Hanya hari ini aku akan menghirup udara kehidupan maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan menghulurkan tangan kepada sesiapa pun. Aku akan menziarahi mereka yang sakit, menghantar jenazah, menunjukkan jalan yang benar bagi yang tersesat, memberi makan kepada orang yang lapar, menolong orang yang sedang kesusahan, membantu orang yang dizalimi, meringankan penderitaan orang yang lemah, mengasihi mereka yang menderita, menghormati orang-orang alim, menyayangi kanak-kanak dan berbakti kepada ibubapa. 


Aku hanya akan hidup hari ini maka aku akan mengucapkan:- 

”Wahai masa lalu yang sudah berlalu dan selesai, tenggelamlah kamu seperti tenggelamnya mataharimu. Aku tidak akan menangisi pemergianmu, dan kamu tidak akan melihatku termenung sebentar pun untuk mengingatimu. Kamu sudah meninggalkan kami samua, pergilah dan jangan kembali lagi” 

”Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban. Maka aku tidak akan bermain dangan khayalan dan memperjudikan nasib dangan hanya satu agakan. Aku juga tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, sebab esok hari mungkin tidak ada sesuatu; esok hari adalah sesuatu yang yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan”.


sumber : i luvislam

Tuesday, October 19, 2010

CIMB CONTEST '2 GOOD 2 BE TRUE'








jom ramai-ramai kita join contest CIMB '2 good 2 be true'  facebook contest..
antara hadiah -hadiah yang ditawarkan ialah 
2X iPhone 4
2X HTC Desire
2X Sony ALpha Nex-3A
2 X iPod touch
2X Sony PS3
dan banyak lagi...

apa yang korang kena buat cume like CIMB Malaysia Facebook Page, kemudian add contest kat profile korang, pilih 2 hadiah yang korang nak, lepas tuh promote kat kawan-kawan korang, lagi banyak kawan korang yang join lagi tinggi peluang untuk menang.

pemenang akan dipilih secara rawak..

tarikh tamat adalah 30 NOv 2010
so tunggu apa lagi

klik kat sini ye kawan-kawan

70%How Addicted to Blogging Are You?
Created by OnePlusYou - Free Dating Site


wahhh..70 %...hihi..
tapi masih tak boleh ditakrif sebagai blogger tegar..huhu..
kalau korang nak tahu tahap korang addicted gan blogging nih, sila klik kat banner yer..

p/s : mana lah tak dapat 70%, tengah-tengah nak exam ni pun boleh pulak berblogging..hehe..

/wahaha

THINGS ABOUT ME THAT YOU DONT KNOW

gambar masa nak pergi majlis berbuka puasa kat kolej.
macam sengal je wat entry camni..hehehe ..tapi ade ku kesah..its my blog kan..mana taw kot-kot ade owang same perangai cam aku, leh wat geng..ahaks..

I hate  waiting
yup, itu memang bukan kepakaran aku..hohoho..aku memang bukan orang yang akan menunggu orang, kalau aku nak buat , aku akan buat je.sorry le kalau nak suruh aku tunggu pastu sesama  kelas..kalau g jalan-jalan ok lagi kot, tapi kalau ke kelas, erm..bahaya tuh..penat nak menunggu , lebih-lebih lagi kalau orang yang kita tunggu tuh, memang tak paham kepentingan orang lain..at least msg lah bagitau kau lambat, jangan sesekali wat orang lain macam tunggul kayu..tapi kalau keluar dating , memang aku suka wat orang lain tunggu aku..haha...best gak uji orang nih..hehe..

I love shopping
memang aku sangat suka shopping , kawan-kawan yang kenal aku memang akan faham perangai aku nih..hehe..kalau boleh aku akan dapatkan apa yang aku nak.selagi aku tak dapat memang aku tak puas hati..yang jadi mangsa sape?sudah pasti orang yang membawa aku berjalan dan juga diri sendiri..haha..esok pagi bekpes makan megi ler..tapi alhamdulillah sekarang ketagihan aku bershopping tuh memang dah semakin berkurang sebab sekarang dah makin kurang berjalan , kalau berjalan pun aku pergi camping gan tesco je..sedih tak???

I am lone ranger
yes , thats me..aku tak kesah pun sebab dah biasa dari sekolah rendah sampai menengah..bukannya aku tak de kawan, ramai je tapi yang boleh masyuk dengan diri aku nih sikit sangat kot..tapi memang diorang kawan aku sehidup semati r wa cakap lu..bila aku kenal orang baru, stranger aku akan lebih banyak perhatikan orang, from there aku boleh lah tahu sikit-sikit perangai dia camane.kalau aku tengok dia nih jenis suka masuk campur hal orang ke, kaki kutuk orang ke, memang aku akan diamkan diri jelah..malas nak amik port..lebih baik sorang daripada wat dosa..ye tak..tapi kalau korang dah kenal aku, memang korang akan cakap aku peramah aka mesra alam..sebab aku walaupun aku memilih kawan tapi kalau bab kuar jalan-jalan aku enjoy je.kalau heart-to-heart just for my best friend and my mom only..>_<

I am straight forward person

kalau ko nak minta pendapat gan aku make sure korang bagitau nak pendapat yang jujur ke atau yang menyedapkan hati korang, sebab aku memang akan cakap apa yang aku rasa..sorry ler jaga perasaan orang memang aku lemah sket..kalu dak kecik boleh ler aku melayan , nih kalau besar gedabak, dah leh jadi mak , ayah orang ..sorry ler..aku tak layan..kalau nak dengar yang menyedapkan hati korang, aku akan tapis-tapis skit2 ayat aku tuh..hihi..kalau tak tapis t , takut remuk lak jiwa dan raga korang tuh../no

kalau aku sendiri pun , nak mintak pendapat orang lain memang aku akan fikir betul dan akan cuba lapangkan hati aku selapang-lapangnya..supaya aku tak delah kecewa ke, menangis air mata darah ke..malu kot..hehe..hah lagi satu jangan nak memandai nasihat aku itu ini, sebab aku akan terima nasihat orang yang aku hormat je.yang aku tak hormat, sorry ler masuk telinga kiri kuar telinga kanan, cakap r banyak mana pun..aku akan wat tak tahu je..

sampai sini dulu ek..nati aku sambung lagi..tata..

p/s : malu seh /blush cakap pasal diri sendiri..haha..tapi tak kenal maka tak sayang kan..lepas nih conform korang akan sayang aku..hehe /wahaha

:: saya RABUN::

tengahari tadi pergi kedai optometri untuk check power mata kanan dan kiri Mj..huhu

inilah keputusannya

akak kat kedai tu cakap mata kanan Mj dah kurang 2.5 , mata kiri lak silau 2.5..padanlah kepala makin pening kalau tengok cahaya matahari, sometimes bila batuk pun, kepala Mj rasa sangat sakit..
maybe lepas habis exam nak pergi klinik opto kat KL lak..

rasa tak sanggup nak pakai cermin mata, huhu...

mesti muka nampak macam nenek..uwaaaa...

sekarang nih, bila pejamkan mata pun , mata Mj akan berair n kepala ni tak payah cakaplah..memang sakit yang amat..makan panadol pun sakitnya tak kurang pun..

sesape kat sini yang pernah ada pengalaman macam Mj ,share lah..huhu

seriously i am scare coz banyak tak study lagi and i really love my eyes..tak sanggup dah sakit macam ni..

T__T

Monday, October 18, 2010

:: call me Mj ::

salam dan hai
apa khabar semua ? rindu betul kat blog kesayangan hamba nih..huhu..
semalam Mj baru balik dari pulau sibu, lebih kurang jam 10 malam baru sampai ke UKM bangi..alhamdulillah semua selamat, cume muka i je xselamat..hehe..
biasalah , conform kena sunburn,tapi alhamdulillah, tak adalah pedih sangat berbanding semasa Mj pergi camping kat PD dulu..huhu..

pape pun untuk entry pulau sibu tuh, nanti Mj update k. coz sekarang ntah kenapa lama sangat blog nih nak update gambar.tak best la kan kalau asyik tengok perkataan, huruf dan ayat je kan..mesti korang nak menjamu mata melihat Mj yang cute nih..ahaks..*mari muntah beramai-ramai*

buat masa sekarang maybe MJ jarang sikit nak update blog, sebab sekarang study week, so kena concentrate betol-betol..huhu..doakan MJ ye..

FYI, sekarang i nak guna short form Mj je, for misz jue..penat gak tulih panjang-panjang..hehe.

Mj ni juga stand for micheal jackson..yes i like his songs..dulu memang tak kenal lagu die, tapi lepas dah dengar, memang lagu dia sangat masyuk gan diri Mj..hehe..

jangan segan-segan jenguk blog nih ek..walaupun jarang update blog, Mj still berblogwalking smbil mengeratkan silaturahim..chewaahh..

Thursday, October 14, 2010

Pulau Sibu..here i come!




ok guys 

hujung minggu misz jue nak pergi bercuti kat pulau sibu

bersama-sama geng sekreteriat rakan muda aka SRM 

pulau ni terletak di mersing , kalau nak pergi kena naik feri dari jeti tanjung leman..

walaupun my homeland dekat je dengan mersing, tapi tak pernah sampai pun kat pulau nih..huhu..

jangan nak kata pulau sibu,
pulau tioman pun belum sempat den jojakkan kaki kat sano..

sedih tak sedih..

tapi tak pe..panjang umur boleh sampai kat sana kan..

nanti kalau korang rindu kat misz jue, jenguk-jenguklah blog nih ek..

i know mesti ramai yang rindu kat i nanti

ahaks..
/blush
tetibe jadi gediks..lalala

exactly trip kali ni  memang langsung tak dirancang pun, last minute baru decide nak pergi coz, as u all know, 
final exam kan nak dekat dah, sementelaah, semangat untuk study tiada ( alasan!)

jadi marilah kita sama-sama menghitamkan kulit di tepi pantai..
sambil menikmati permandangan yang indah di tepi pantai
pasir yang halus dan mulus
air yang jernih bak clear crystal water
/hmm
ah syoknye..
haha..saja wat kowang jeles..ahaks...


dont worry insyaALLAH misz jue kana capture pic banyak-banyak untuk tatapan korang..


ok sebelum nak pergi kena kemas beg dulu

apa nak bawak nih ek?
ni 
senarai barang untuk camping yang i sendiri buat k.
kena wat jugak senarai ni, kalau tak nanti , lupa..huhu..

- t-shirt lengan panjang (4-5helai)
- seluar sukan ( 3  helai)
- tudung (ikot korang lah, nak sama gan baju pun boleh , tp better bawak tdg hitam lebih sket)
- toiletry 
-sunblock
-torchlight
-mp3 n kamera (makesure dah cas taw)
-kain semayang
-kasut sukan, selipar, stoking
-jurnal( mana lah taw kot2 datang idea korang nak menulis sajak ke puisi kan..hehe)
-dah de jurnal , jgn lupa bawak pen sekali
- dah nak g holiday, jangan gatai2 nak bawak buku skolah 2, tinggalkan aje, tp nak bawak pun boleh, 
untuk menyedapkan hati korang kan, padahal dah sampai sana jangan harap nak bukak buku 2.
dalam bas pun duk kumpul taik mata jek..euwww...

tu je kot yang aku bawak, 
lelain tu, tawakal jelah kan..
survival gitu...hehe

pape pun doakan misz jue selamat sampai dan pulang ye..

i will miss u guys and gurls..
/floor
hukhuk
sedih tak dapat blogwalking bersama korang..

cume 3 hari je cik ju oi...

jangan sedih-sedih..chill ju , chill..the beach is calling for u..juuuuuuuu....

tata everyone
/bye



YOU ARE EVERYTHING TO SOMEBODY


Right now at this very minute----------



someone 

is very proud of you

someone 
is thinking of you

someone 
cares about you

someone 
misses you

someone 
wants to talk to you

someone 
wants to be with you

someone 
hopes you aren't in trouble


someone 

is thankful for the support you have 
provided

someone 
wants to hold your hand


someone 

hopes everything turns out all right

someone 
wants you to be happy


someone 

wants you to find them

someone 
is celebrating your successes

someone 
wants to give you a gift

someone 
think you ARE a gift

someone 
hopes you are not too cold, or too hot

someone 
wants to hug you

someone 
loves you

someone 
wants to lavish you with small gifts

someone 
admires your strength

someone 
is thinking of you and smiling

someone 
wants to be your shoulder to cry on

someone 
wants to go out with you and have a lot of fun

someone 
thinks the world of you

someone 
wants to protect you

someone 
would do anything for you

someone 
wants to be forgiven

someone 
is grateful for your forgiveness

someone 
wants to laugh with you about old times

someone 
remembers you and wishes you were there

someone 
is praising God for you

someone 
needs to know that your love is unconditional


somebody
 
values your advice

someone 
wants to tell you how much they care

someone 
wants to stay up watching old movies with 
you

someone 
wants to share their dreams with you

someone 
wants to hold you in their arms

someone 
wants YOU to hold them in your arms

someone 
treasures your spirit

someone 
wishes they could STOP time because of 
you

someone 
praises God for your friendship and love

someone 
can't wait to see you

someone 
wishes that things didn't have to change

someone 
loves you for who you are

someone 
loves the way you make them feel

someone 
wants to be with you

someone 
is hoping they can grow old with you

someone 
hears a song that reminds them of you

someone 
wants you to know they are there for you

someone 
is glad that you're their friend

someone 
wants to be your friend

someone 
stayed up all night thinking about you

someone 
is alive because of you

someone 
is remorseful after losing your 
friendship

someone 
is wishing that you would notice them

someone 
wants to get to know you better

someone 
believes that you are their soul mate

someone 
wants to be near you

someone 
misses your guidance and advice


someone 

values your guidance and advice


someone 

has faith in you


someone 

trusts you

someone 
needs you to send them this letter

someone 
needs your support

someone 
needs you to have faith in them

someone 
needs you to let them be your friend

someone 
will cry when they read thiS



source: unknown