Pages

Friday, January 6, 2012

yeah dah dapat baucar buku rm200!

assalamualaikum 

rasanya semua dah tahu kan yang baucar buku untuk pelajar ipta /ipts dah boleh diambil pada 4 hb januari 2012?.  Bagi sesiapa yang tak ambil lagi, bolehlah berbuat demikian, sebabnya baucar ini ada tarikh tamat tempoh iaitu sampai hujung bulan 3 kalau tak silap mj..

Nak ambil kat mana? kalau yang Ukmkl boleh tanya BAKA, dan kalau UKM cheras boleh pergi pejabat akademik..kalau uni lain mj tak sure, rasanya dekat pejabat akademik uni korang jugak kot.

Mj dah ambil dah baucar tu semalam, dan semalam jugak mj pergi mph nak merasmikan baucar tu..hehe..
satu lagi, baucar ni boleh digunakan disemua kedai buku terpilih , tapi tak ada list kedai buku, so susahlah sket nak taw kedai mana yang boleh, kedai mana yang tak boleh kan. jadi sebelum korang guna baucar tu, tanyalah tuan kedai tu , baucar ni diorang terima atau tak.

untuk makluman MPH bookstore dengan kedai buku Kamal terima baucar nih.



tada buku baru..The happiness project by Gretchen Rubin..
habis exam nanti nak baca buku nih..insyaALLAH..

 cara nak guna baucar RM200
1. pergi pejabat akademik masing-masing , bawa matrik kad taw!
2. pergi kedai-kedai buku terpilih (tanya dulu kalau tak sure diorang terima baucar ni atau tak)
3. make sure korang beli buku yang cukup-cukup dengan baucar ni, tak boleh kurang, sebab kedai tu tak leh pulang baki..
4. jangan lupa tunjuk ic atau kad matrik..


p/s : Dah tahun 4, tak tahu nak beli buku apa lagi..buku yang ada pun tak habis baca.
i mean buku rujukan lah, sebab banyak beli yang photostat je.-.-

No comments: