kau dah punya segala
kenapa mahu mengerah nilai yang sedikit ini daripada kami
tak cukup lagi ke
kata-kata yang kau hidangkan
ya , kau mungkin kaya
tapi kaya kau tak bermakna kau boleh merendahkan harga diri seseorang dengan sesuka hati
lebih-lebih lagi yang lebih tua daripada kau sendiri
yang dulu semasa kau muda dia yang kau hormat
tetapi sekarang dia yang kau pandang hina
dia mungkin tak layak berada setahap dengan kau
tapi at least hormat lah sikit orang tua
dia punya perasaan
punya harga diri
mungkin dia mendiamkan diri tapi buka bermakna dia tak sakit hati
bila kami menjauh kau kata kami lupa diri, kata kami tak mengenang budi
salahkah kami menjauh hanya semata tak mahu hati kami disakiti
salahkah kamu menjauhkan jika diri kami dipandang sebelah mata
kau mungkin punya segala tapi ku tahu hatimu tak akan puas selagi orang lain tidak mengikut telunjuk mu
hello?
im not your servant, and u cant tell me what i shud do, what i have to do
kami punya kehidupan kami
jadi tak perlulah berasa hati kalau wajahku tidak kau lihat
sedangkan waktu ku ada, matamu langsung tak memandangku
siapalah kami
hanya orang miskin
hanya orang kampung
tapi jangan kau lupa
apa yang kau dapat datang dari tuhan , bukan hak kau yang sepenuhnya
bila-bila masa pun boleh tuhan ambil
mungkin bukan sekarang
jadi bersyukurlah
aku tak mahu menjadi pembenci
aku tak suka membenci
tapi kalau dah melibatkan ayah dan ibuku
sorry
u are not forgiven
selagi mak ayah aku tak maafkan kamu sekeluarga
pernah tak kau berterima kasih kepada kami?
tidak sebab apa yang kami buat hanya menolong atas nama keluarga , atas nama saudara.
mak ayah aku tak pernah kisah
' biar orang buat kat kita jangan kita buat kat orang'
itu pesanan mereka saat diri ini dipulaukan, dituduh macam-macam..
aku tahu sapa diri aku
dan aku tak akan biarkan diri aku, diri mereka disakiti
dulu mungkin mereka dipandang rendah, dipandang hina
hanya layak menjadi kuli batak kalian sekeluarga
tapi kini tidak lagi
mereka ada anak yang akan menjaga mereka insyaALLAH
mereka ada anak yang insyaALLAH akan melakukan apa saja untuk mereka
mungkin dimatamu mereka bukan sesiapa jadi kau boleh kata apa saja
tapi dimataku mereka ibu bapaku
yang membesarkanku
menyuapkan aku
menyikat rambutku
memandikan aku
menyediakan bekal buatku
mendoakan aku supaya berjaya
harap maafkan aku kalau aku tak dapat terima apa yang kalian buat kepada mereka berdua
cukuplah
usah diseksa hati mereka dengan perbuatanmu, dengan kata-katamu
kau dah bahagia
ada duit ada segala
jadi teruskanlah hidupmu yang itu
aku bahagia kalau kau bahagia
cukuplah memaksa orang mengikut telunjukmu
p/s : aku tak ganggu hidup orang lain , kecuali diorang cari pasal dengan hidup aku!
aku hormat orang tua, sebab ayah aku ajar jangan jadi kurang ajar, diorang lagi tua dari ju..
aku diam sebab aku ingat pesan ayah aku.
ayah aku tak suka anak dia memalukan diri orang lain
sebab tu bukan cara kami
cara kami
hiduplah kehidupan kau
jangan buat jahat kat orang
orang buat jahat kat kita tak apa
sebab kita ada tuhan..
akhirat itu pasti ada
just wait and see
No comments:
Post a Comment