salam
kita merungut bila duit tak ada
sedangkan bila duit ada kita bershopping sakan tanpa ingat masa depan
kita merungut bila makan megi hujung bulan
sedangkan awal bulan kita makan kat tempat mahal-mahal
kita merungut bila yuran mahal
sedangkan itu mungkin dugaan ALLAH untuk kita
ini hanya sekadar ingatan untuk diri sendiri dan sesama kita
dalam hidup ini mungkin banyak yang kita tak puas hati
kita tak dapat apa yang orang lain ada
dan kita tanya kenapa ALLAH tak beri kita semua tu
kadang-kadang kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada
kita kena sedar siapa diri kita
dimana kita berada
apa tugas kita didunia
apa tanggungjawab kita yang sebenarnya
cukuplah merungut
cukuplah mengucap perkataan yang tak elok
sering kali kita dengar perkataan macam tu bila sesuatu masalah, halangan menimpa sedang , sedar tak sedar kita seperti marah dengan apa yang DIA berikan
sedarlah , kita hidup ini semata-mata kerana dia
patutkah kita marah atas dugaan yang DIA berikan sedangkan dugaan, ujian yang diberikan cuma bertujuan untuk menjadikan diri kita insan yang lebih tabah , lebih mengingati DIA
disebalik kesusahan pasti ada kesenangan
lapangkan dada
berdoalah
yakinlah ALLAH bersamamu
p/s : penat dengar orang merungut..T_T
p/s : sebelum nak merungut pikir dulu siapa kita untuk menidakkan dugaan yang ALLAH berikan..
3 comments:
Jangan merungut. Allah tuh sentiasa ada dengan kita kan.
Latest Entri :
Akibat Taksub : Piala Suzuki AFF 2010
nice entry! agree! :)
Betul tu :) moga kita selalu bersyukur
Post a Comment