Pages

Friday, November 26, 2010

10 ciri serasi bersama



  1. dari awal perkenalan , kamu dan si dia tidak pernah sekalipun punya perasaan yang tidak puas hati antara satu sama lain.
  2. kamu dan si dia punya minat dan hobi yang sama
  3. di saat kamu sedang bersedih, si dia tahu cara untuk menggembirakan kamu. Begitu juga kamu sentiasa tahu bagaimana untuk menceriakan hidupnya walaupun si dia sedang bersedih.
  4. cara kamu berbual dan bergurau sama dengan cara kamu berbual dan bergurau dengan teman-teman. Ini menunjukkan kamu berdua tidak pernah hiokrit di hadapan antara satu sama lain.
  5. andai kamu atau si dia sedang marah kamu berdua saling mengelak untuk bertemu, kerana tidak mahu orang yang disayangi menjadi mangsa
  6. saling menerima seadanya walaupun mungkin kamu dan si dia tidak sesempurna orang lain misalnya punya fizikal yang gemuk , pendek, masalah muka berjerawat dan lain-lain.
  7. sekiranya kamu atau si dia melakukan kesalahan, masing-masing akan cepat-cepat memohon maaf dan mengakui kesilapan yang dilakukan. Bukannnya saling menuduh antara satu sama lain.
  8. kamu dan si dia saling menghormati antara satu sama lain dan tidak pernah memaksa melakukan sesuatu yang kamu atau si dia tidak suka lakukan.
  9. kamu berdua sanggup bersusah payah untuk cuba mengadakan atau menunaikan apa yang kamu inginkan.
  10. biar sibuk bagaimana sekalipun kamu dan si dia sentiasa bersedia untuk menemani antara satu sama lain saat diperlukan

sumber : REMAJA'10

1 comment:

nina syakina said...

nina pun nk boy mcm nih... serasi bersama... ngeee