Pages

Friday, November 26, 2010

apa yang si gadis suka

  1. lelaki yang gagah walaupun kamu jarang ke gymnasium
  2. lelaki yang pandai bersukan tidak kira walaupun hanya tahu SATU sukan sahaja
  3. lelaki yang bijak dan pandai.
  4. mempunyai kereta! Tidak kira baru atau terpakai, tetapi mestilah milik merek sendiri.
  5. lelaki pandai bermain alat muzik . sedap halwa telinga si gadis mendengarnya apabila kebosanan datang melanda.
  6. lelaki suka berjenaka da buat lawak. Tidak kering gusi apabila bersamanya. Lelaki yang penuh dengan sense of humor .
  7. lelaki yang tahu jalan dan cekap tengok tempat. Bolehlah diharap apabila pergi melancong ke mana-mana.
  8. tahu serba sedikit tentang komputer. Jika si gadis ada masalah dengan komputer peribadi atau komputer ribanya, kamu dulu yang dicarinya.
  9. lelaki yang tahu hukum-hakam agama. Walaupun sifat luaran fizikal agak selamba atau sempoi , setiap lelaki dambakan lelaki yang mampu pimpin mereka apabila solat berjemaah kelak!
  10. lelaki yang berambut pendek dan kemas . walaupun ada yang suka lelaki bermabut panjang , wahai lelaki , percayalah lambat launsi dia pasti menyuruh kamu potong rambut bagi nampak kemas.
  11. lelaki yang mempunyai sedikit janggut! Macho katanya..
  12. lelaki yang wangi  dan andai memilih wangian yang sesuai dengan diri mereka.
  13. lelaki yang prihatin! Maknanya , lelaki yang tahu dan hafal tarikh-tarikh penting si gadis.
  14. apabila ingat tarikh-tarikh penting, tak reti-reti ke nak bagi hadiah ataupun kejutan? Si gadis amat menyukainya.
  15. lelaki yang pandai mengambil hati kedua orang tuanya.
  16. penyabar! Tetapi dalam keadaan apa? Tentulah dalam keadaan apabila kamu dapat menemani si gadis ergi membeli-belah. Kamu tak beli pun taka pa asalkan sudi menjadi peneman itupun sudah memadai.
  17. apabila bercakap di telefon, biarkan si gadis yang bercakap. Jangan menyampuk kata-katanya.


sumber : REMAJA'10

No comments: