Once upon a time, Mj used to have big size of the body..wawa..bukan sebab kuat makan, tapi sebab tak rajin bersenam. Masa tu, darjah enam, seluar jeans pun pakai saiz 31, baju kebanyakannya saiz L atau XL.
Tapi alhamdulillah, masa itu Mj jumpa majalah RAPI, melalui majalah itu, Mj belajar yoga. Masa tu tak kecoh lagi yoga ni haram.( kalau ada sesiapa yang ada artikel pasal ni, harap boleh bg link) sekarang , MJ tak praktik sangat yoga, only some teknik of it, tu pun sebab Mj training taekwando pun gune teknik tuh..
Mj buat sit up, 15 kali setiap hari. Setiap petang exactly, sebab MJ ada baca yang peratus kalori yang dibakar lebih tinggi semasa exercise pada waktu petang berbanding waktu pagi.
Selain tu, Mj minum air perahan limau nipis setiap pagi. Caranya, Mj perah jus limau nipis dan letakkan dalam acuan kiub ais, jadi setiap pagi, MJ cume letak 1-2 kiub ais pati limau ni dalam air suam. Sebenarnya , minum air limau nipis boleh hilangkan toksin dalam badan dan juga meningkatkan metabolisme dalam badan.
Satu lagi, tambahkan pedas dalam makanan, ni tips dari kakak ipar Mj(ibu fikah ), sebab dia orang kemboja dan dia suka sangat letak cili padi dalam masakan dia, n trust me, dia memang sangat cantik , kurus dan tinggi..tak percaya? Percayalah..hehe..cili ni pun meningkatkan metabolisme dalam badan.
Jangan lupa, ambil sarapan pagi.dan amalkan makan dalam jumlah yang kecil tapi kerap.guna pinggan yang kecil , lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan juga buah-buahan. Dulu setiap kali lepas makan,Mj suka makan epal hijau. Tapi bagi yang ada gastric , sila kurangkannya sebab takut pedih perut..huhu..
Baru-baru ni, MJ baca sebenarnya buah-buahan elok dimakan sebelum makan makanan berat, terpulanglah nak ikut mana 1 pun..hehe..janji makan, k.
Apa kaitan metabolisme dengan kuruskan badan?
Kalau nak tahu , semakin tinggi metabolisme , semakin tinggi jumlah kalori dalam tubuh yang akan dibakar.
Selain tu,kalau boleh elakkan makan nasi, bagi orang macam mJ yg tak leh tak jumpa nasi, sila ambil nasi dalam dos yang kecil ye..hehe..dan jangan tambah nasi pulak.hehe..
Last but not least, Mj ada baca yang jus pegaga pun boleh hilangkan kalori, tapi tak pernah try lagi buat masa nih..kepada sesiapa yang dah cube, MJ nak sangat tahu apa rasa jus pegaga ni,..pahit tak?
- makan dalam jumlah yang kecil tapi kerap.(guna pinggan yang kecil)
- makan buah-buahan seperti epal hijau
- amalkan makan yogurt 2-3 kali seminggu
- elakkan makan selepas jam 7 malam, kalau lapar , makan biskut atau roti( makan rendah kalori, tinggi serat)
- minum banyak air
- elakkan makan nasi dalam jumlah yang banyak.
- lebihkan makan ulam
sampai sini je ye, next time Mj share lagi..kepada blogger yang lain kalau ada tips, komen-komen lah jugak..hihi..sharing is caring.
Semua tips kat atas, memang MJ dah cube kecuali yang jus pegaga tuh..berat Mj sekarang BMI=21. maintain lah, tak kurus sangat dan bagi Mj tak delah gemuk sangat berbanding dulu kan..
3 comments:
Tips gemukkan badan ade x bagi yg mempunyai metabolisma yg kuat mcm zyash ne??
Blogwalking Time =)
wahhh... thanks akak.. nina kena hafal semua nihh... hihi bg igt, bru senang... ngeee
Bagus ar tips kurus yg mj bagi ni. Sy pun ada amalkan sesetengah drpd petua ni.
Tapi kalau makan nasi agak banyak pd waktu malam, keesokan paginya sy akan cuba bersenam lebih sikit.
Post a Comment