Pages

Friday, November 26, 2010

apa yang si gadis tak suka

  1. lelaki yang lemah, terlalu kurus, dan selalu sakit. Macam mana nak jaga anak orang kalau diri sendiri tak terjaga, kan?
  2. lelaki yang tidak gemar bersukan. Aktiviti petangnya, duduk rumah dan tidur sahaja.
  3. lelaki yang tidak berpelajaran.
  4. lelaki yang malas dan tidak ada tujuan hidup. Hanya tahu menghabiskan duit ibu bapa sahaja..opss
  5. lelaki yang tidak mempunyai kereta atau motosikal. Untuk kemana-mana , asyik tumpang orang saja. Paling teruk ? suruh kekasih ambil.
  6. lelaki yang tidak meminati muzik.hidupnya hanya kerja, kerja dan kerja...bosannya!
  7. lelaki yang terlalu serius dalam hidup. Nak bergurau pun tak boleh.
  8. lelaki yang tidak suka berjalan. Hanya terperuk di dalam rumah. Buat apa pun tak tahulah.
  9. lelaki yang buta komputer. Jangankan nak baiki , microsoft powerpoint pun tak tahu nak guna.
  10. lelaki yang hanya tahu berseronok siang malam. Tak ingat dosa pahala.
  11. lelaki buta gaya. Rambut serabai, pakaian tidak terurus..kesian
  12. lelaki yang terlalu kuat merokok! Kalau sekali-sekala dimaafkan . kalau tak merokok langsung lagi bagus.
  13. lelaki yang ada bau badan. Ouch .. rajinkan mandi dan segera atasi masalah bau badan itu.
  14. lelaki yang ucap hari jadi kamu seminggu lewat? Oh si gadis paling pantangnya..
  15. lelaki yang tahu berpasangan , tetapi bila diajak berjumpa dengan kedua ibu bapa si gadis , bermacam-macam alasan!
  16. lelaki yang tidak romantik . tidak pernah langsung memberi bunga, hadiah atau sebarang kejutan. Bosannya hidup.
  17. apabila ditanya pendapat lelaki, si dia akan cakap ‘ tak kisah lah, apa-apa je, ikut awak lah’ hmm , baik tak payah tanya kan?
  18. lelaki yang kuat membebel mengalahkan mak si gadis! Aduh , sakit telingalah apabila lelaki membebel.


sumber : REMAJA'10

No comments: